News Update :
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Borang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Penulis : Unknown on Sunday, 30 March 2014 | 19:38

Sunday, 30 March 2014

tube
Syarat Kelayakan
  • Belia berumur 18 tahun dan keatas
  • Bumiputera Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia
  • Belia lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
Proses Latihan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
  • Peserta yang layak perlu melalui 3 fasa sebelum diberikan gran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.
  • Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
  • Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan.
  • Fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
Tempoh Latihan: 12 Bulan

Borang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Sila layari borang di http://www.smecorp.gov.my/ selepas permohonan dibuka pada julai 2014

Tarikh Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Dijangka akan dibuka pada julai 2014.


comments | | Read More...

Pesawat MAS Hilang dari KLIA ke Beijing

Penulis : Unknown on Saturday, 8 March 2014 | 01:21

Saturday, 8 March 2014

menara-kawalan
Berita terkini pesawat MAS dari KL ke Beijing dilaporkan hilang. Menerusi kenyataan rasmi MAS, pesawat MH370 yang sudah berlepas pada pukul 12.41 pagi sabtu itu terputus hubungan dengan menara kawalan traffik Subang.  Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.  Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat Boeing 777 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi tadi. Usaha menjejaki pesawat itu masih lagi dijalankan.

 Video Pesawat MH370 Hilang Dari Radar



comments | | Read More...

Pengumuman Terkini SYABAS Isu Jadual Program Catuan Air

Penulis : Unknown on Monday, 24 February 2014 | 23:25

Monday, 24 February 2014

syabas


Untuk makluman, Pihak SYABAS masih belum mengeluarkan jadual catuan air. Jadual pengagihan air sepatutnya dilaksanakan oleh Syabas pada minggu lalu dan sehingga kini SYABAS masih gagal untuk mengemukakan pembentangan pelan penjadualan pengagihan.
Terdahulu, Kerajaan selangor akan mengurangkan pelepasan air mentah ke empat loji bermula 25 Februari 2014. Ia akan menyebabkan berlaku penjadualan pengagihan air kepada pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang. Pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor melibatkan loji Sungai Rasa, loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3. Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna yang menerima bekalan air dari loji berkenaan.


syabasLaman web SYABAS: http://www.syabas.com.my/



Sumber
comments | | Read More...

Kenaikan Insurans Kenderaan 2014

Penulis : Unknown on Tuesday, 4 February 2014 | 21:33

Tuesday, 4 February 2014

tarif
Nota Penting: (Dalam kurungan) adalah tarif 2013 manakala tanpa kurungan adalah tarif terkini 2014
Faktor Kenaikan Insurans Kenderaan 2014
  • Tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat.
  • Kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.
  • Memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.
Tarikh Berkuatkuasa Kadar Insurans Baru Kenderaan 2014
Tarif terbaru itu akan berkuatkuasa mulai 15 Februari 2014.


Sumber: 
comments | | Read More...

Kes tinggal anak dalam kereta lagi 2014

Penulis : Unknown on Tuesday, 28 January 2014 | 08:02

Tuesday, 28 January 2014

padah tinggal anak dalam kereta
Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta itu bergerak ke hadapan sebelum merempuh sisi belakang sebuah kereta jenis sama milik seorang peniaga kuih di gerai berdekatan. Rempuhan turut mengenai peniaga terbabit, Salimah Arshad, 63, yang ketika itu selesai berniaga dan sedang mengemas gerainya. Akibat rempuhan itu, Salimah yang cedera dikejarkan ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.
Menantu Salimah, Norliza Omar, 41, berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai kuih dan terkejut mendengar bunyi hentaman kuat. Menurutnya, dia segera memandang kereta yang merempuh itu dan melihat dua kanak-kanak berkenaan sedang memegang stereng. Norliza berkata, ketika kejadian, kereta ibu mertuanya diletakkan secara melintang untuk memasukkan khemah gerai ke dalam kereta.
“Ketika itu, ibu mertua saya baru saja mahu masuk ke tempat duduk pemandu. Bayangkan, ibu mertua saya tercampak ke pagar. Mujur tak tercucuk pada pagar dawai. Keretanya juga sudah kemek sedikit akibat rempuhan itu,” katanya yang kesal dengan kecuaian pemandu kereta berkenaan meninggalkan anaknya sesuka hati dalam kereta tanpa pengawasan.
Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Ziyauudeen Mansoor Sahib, 34, berkata, sebaik saja melihat mangsa sudah tercampak, mereka bergegas membantu menyelamatkannya. Selain itu katanya kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang membantu membawa masuk mangsa ke dalam van syarikat untuk di hantar ke klinik.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan laporan dibuat, pemandu berusia 30-an itu mendakwa kejadian berlaku disebabkan dia tidak menekan brek tangan dengan sempurna. Bagaimanapun, polis akan buat siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini.
comments | | Read More...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger