News Update :
Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 4 Online 2014

Penulis : Unknown on Tuesday, 14 January 2014 | 22:01

Tuesday, 14 January 2014

SBP-TINGKATAN-4
Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 4 Online-http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2014/ & http://www.moe.gov.my/
keputusan-sbp-2014

1. e-Rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 Online
Bagi yang gagal untuk mendapat tempat di  SBP 2014 Tingkatan 4, calon boleh membuat permohonan rayuan secara online. Apapun, keputusan rayuan SBP 2014 bagi Tingkatan 4 bergantung kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran kelak.

2. Keputusan Rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 (Ambilan Kedua)
Keputusan rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 (Ambilan Kedua) dijangka akan diumumkan pada minggu keempat bulan Februari 2014.

comments | | Read More...

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014

Penulis : Unknown on Friday, 3 January 2014 | 19:03

Friday, 3 January 2014

sekolah-teknik-2014


Semakan keputusan dijangka akan diumumkan pada minggu kedua bulan Januari 2014. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak kami akan kemaskini tarikh semakan dari masa ke semasa.

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online
Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman seawang http://www.moe.gov.my/

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.


\
comments | | Read More...

Pemberian Bantuan Sekolah RM100 Mulai 15 Januari 2014

Penulis : Unknown on Monday, 30 December 2013 | 06:55

Monday, 30 December 2013

Bantuan-pelajar-sekolah

Pemberian bantuan khas RM100 bagi setiap sekolah di seluruh negeri akan diagihkan mulai 15 Januari 2013. Pengagihan bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat.

Sumber

comments | | Read More...

Borang Permohonan Tingkatan 1 2014 Asrama 1Malaysia

Penulis : Unknown on Monday, 23 December 2013 | 06:30

Monday, 23 December 2013

asrama 1Malaysia

Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.

Borang Permohonan Tingkatan 1 2014 Asrama 1Malaysia- sini

comments | | Read More...

Semakan Keputusan Biasiswa JPA PIDN 2013

Penulis : Unknown on Tuesday, 22 October 2013 | 18:38

Tuesday, 22 October 2013

esila

Dimaklumkan bahawa semakan keputusan penajaan JPA bagi program PIDN boleh diketahui mulai 15 November 2013. Calon yang berjaya akan mengkuti program pengajian di peringkat ijazah di IPTA dan IPTS yang terpilih. Berikut adalah cara membuat semakan keputusan penajaan JPA secara online.

Semakan Keputusan Biasiswa JPA PIDN 2013 Program Ijazah Dalam Negara Online
Untuk membuat semakan, 

sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai 15 November 2013

Tarikh Penting Semakan Biasiswa JPA PIDN 2013
15 November 2013


comments | | Read More...

Semakan Slip Menduduki Peperiksaan MUET

Penulis : Unknown on Tuesday, 15 October 2013 | 19:35

Tuesday, 15 October 2013

Semakan Slip Menduduki Peperiksaan MUET
Untuk memcetak slip menduduki ujian MUET, sila layari http://webmpm.mpm.edu.my/muet/
muet-slip
Contoh Slip Menduduki Peperiksaan MUET MPM Online
slip-muet

comments | | Read More...

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 Lepasan UPSR

Penulis : Unknown on Friday, 4 October 2013 | 19:27

Friday, 4 October 2013

Peneraju-Tunas-Geliga-2013
Syarat-syarat Kelayakan
  • Bumiputera & warganegara Malaysia;
  • Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
  • Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.

Nota Penting: Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.

Tempoh Permohonan
Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

Borang Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013
Untuk mendapatkan borang permohonan secara online, sila layari http://penerajutunas.crmonthenet.com/geliga/module/login.php

Tarikh Tutup
11 Oktober 2013

comments | | Read More...

Permohonan Online INSTEP Petronas 2014

Penulis : Unknown on Tuesday, 1 October 2013 | 06:39

Tuesday, 1 October 2013

instep 2014
Syarat Permohonan INSTEP 2014
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2014.
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Program Ditawarkan
  •     PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
  •     Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.

Permohonan Online INSTEP 2014
Permohonan secara online boleh dibuat menerusi laman http://www.instep-online.my . Tarikh permohonan INSTEP 2014 dijangka akan dibuka pada bulan Oktober atau November 2013 ini.

Cara Buat Permohonan INSTEP 2014
1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui portal laman http://www.instep-online.my . (Permohonan akan dibuka pada bulan Oktober atau November ini).
2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank – No. Akaun: 13020021371054.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
PERHATIAN :
  • Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  • Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :Lot 9764, Mukim Batu Rakit, 
    21020 Kuala Terengganu, Terengganu.


comments | | Read More...

Borang Permohonan KKTM dan IKM Sesi Januari 2014 Online

Penulis : Unknown on Wednesday, 25 September 2013 | 02:26

Wednesday, 25 September 2013

Borang Permohonan KKTM dan IKM Sesi Januari 2014 Online
Calon boleh membuat permohonan di laman http://apponline.mara.gov.my/spupim/

Syarat Kelayakan
  • Warganegara/ Bumiputera
  • Lulus SPM
  • Sihat tubuh bandan
  • Umur 18 hingga 40 tahun
Program Ditawarkan
IKM- Program Sijil
KKTM- Program Diploma
Kemudahan Disediakan
  • Yuran Pengajian percuma dan dibiayai oleh MARA
  • Asrama
  • Fasiliti yang lengkap
  • Elaun sara hidup bulanan

comments | | Read More...

Borang Permohonan Online Kolej komuniti 2013

Penulis : Unknown on Saturday, 21 September 2013 | 20:31

Saturday, 21 September 2013

Senarai Program Ditawarkan
Kolej Komuniti menawarkan empat mod program pengajian iaitu ;
1- Sijil Kolej Komuniti Berterusan – SKK(T)
2- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Dengan SPM – SKK (M)
3- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Tanpa SPM – SKK (M)
4- Sijil Modular Kebangsaan – SMK

Borang Permohonan Online Kolej komuniti

Semakan Keputusan Permohonan
Semakan kemasukan ke Kolej komuniti boleh disemak mulai 27 september 2013 di laman http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/

Tarikh Tutup
27 September 2013

sumber
comments | | Read More...

Cara Semakan MUET Sesi Julai 2013 Via SMS & Online

Penulis : Unknown on Monday, 16 September 2013 | 23:06

Monday, 16 September 2013

muet

Cara Semakan MUET Sesi Julai 2013 Semakan Guna SMS
Calon boleh buat semakan guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013.

Cara Semakan MUET Julai 2013 Online
Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

Tarikh Tutup Rayuan Semak Semula
Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 September


Sumber
comments | | Read More...

Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2014

Penulis : Unknown on Wednesday, 28 August 2013 | 10:01

Wednesday, 28 August 2013

Kalendar cuti sekolah 2014 dapat membantu anda  sekeluarga untuk merancang percutian semasa anak-anak sedang cuti sekolah. Semoga jadual dibawah dapat membantu anda untuk merancang aktiviti dan percutian pada tahun depan dan memang ada banyak pelajar yang ingin tahu cuti sekolah untuk plan cuti mereka dari sekarang juga.

kalendar-cuti-umum-2014 holidays-2014 public-holidays-2014 kalendar-cuti 2014
click to enlarge


comments | | Read More...

Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS 2013

Untitled
Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS
Sebenarnya tahun lepas Admin kena saman sebab lesen mati. Tak sempat nak sambung tetiba je polis tu saman. So terpaksa lah akur kena saman jugak. Kalau ikutkan saman ni dah lama. Admin nak bayar saman tu hari tahun lepas dah tapi bila pergi mahkamah je pekerja dekat mahkamah cakap tarikh tu mahkamah tak bersidang. So Admin balik lah. Diam macam tu je. Tak bayar-bayar saman sampai sekarang.
Bukan apa Admin pergi mahkamah. Orang cakap kalau naik mahkamah kadar saman boleh dapat murah sikit sebab oleh buat rayuan. Kan? Lepas tu Admin tak nak ambil tahu dah pasal saman tu. Ingatkan saman tu terbatal macam tu je. Sekali check dengan internet. Ambik kau. Saman tu ada lagi. Tapi nasib baik saman tu murah je. RM150 je. Bilalah nak bayar saman tu ek? Murah-murah pun duit jugak kan? Melayang macam tu je duit nanti.
Sekarang ni kalau sape-sape yang nak check saman senang je. Semuanya dihujung jari je. Nak bayar saman melalui online pun boleh sekarang ni. Nak Admin tunjukkan macam mana cara nak check saman dan bayar saman? Ok. Admin tunjukkan macam mana.
1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI
2. Semakan saman PDRM melalui SMS:
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Nota Kaki: Untuk semakan saman PDRM secara online anda perlu daftar dahulu akaun anda sebelum semakan dan pembayaran saman melalui laman web itu.
tags : cara untuk menyemak saman, semakan saman jpj, semakan saman online, semakan saman polis, semakan saman sms
comments | | Read More...

Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 ( tutup: 15 Oktober 2014)

Penulis : Unknown on Tuesday, 27 August 2013 | 20:09

Tuesday, 27 August 2013



Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://www.moe.gov.my/

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain

Tarikh Tutup Permohonan

15 Oktober 2014


comments | | Read More...

Koleksi Percubaan UPSR 2013

Penulis : Unknown on Sunday, 25 August 2013 | 23:18

Sunday, 25 August 2013

soalan-percubaan-upsr-2013
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Johor
Soalan Percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Perak
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Perlis
Soalan Percubaan UPSR 2013 Pahang
Soalan Percubaan UPSR 2013 Terengganu
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Sembilan
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Kelantan


comments | | Read More...

Alcohol Barrier to prevent drunk driving

How to stop young people from driving drunk? Stop them literally. Before they leave the club’s parking lot. The agency developed an innovative parking barrier that only opens after a safe alcohol test. 

The results: the best covered public awareness message from Responsible Young Drivers ever. And finally positive news about clubbing at Carré.




 
comments | | Read More...

Pengenalan CCRIS PTPTN 2013 OGOS

Penulis : Unknown on Tuesday, 20 August 2013 | 05:44

Tuesday, 20 August 2013

ptptn

Pengenalan CCRIS
CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. Pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Kesan Sistem CCRIS Kepada Peminjam Ingkar PTPTN
Peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman.


comments | | Read More...

Keputusan E-Rayuan UPU 2013 Lepasan STPM/ setaraf

Penulis : Unknown on Tuesday, 30 July 2013 | 20:41

Tuesday, 30 July 2013

upu

MINGGU KE-2 SEPTEMBER 2013 – Keputusan Permohonan e-RAYUAN Kemasukan Ke 
IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Semakan Online E-Rayuan UPU 2013 Lepasan STPM
Untuk semakan,  calon boleh melayari laman sesawang http://upu.mohe.gov.my/

comments | | Read More...

Pendaftaran untuk MUET 2013 IPTA & IPTS

Penulis : Unknown on Monday, 22 July 2013 | 06:35

Monday, 22 July 2013

Kepada pelajar IPTS atau IPTA yang akan mengambil MUET pada hujung tahun ini iaitu sesi November, perlu diingatkan bahawa tarikh tamat perdaftaran jatuh pada 25 Julai 2013. Manakala, bagi pelajar yng ingin memperbaiki keputusan MUET sesi sebelumnya, boleh juga sertai MUET pada sesi November dan tarikh tutup adalah 26 september 2013. Calon juga boleh membuat mengambil MUET dimana-mana instutusi atau sekolah yang terpilih. . Sesi ujian akan berlangsung pada sekitar bulan Oktober dan November.

muet 2013

comments | | Read More...

Diskaun PTPTN Q&A 2013

Penulis : Unknown on Thursday, 18 July 2013 | 20:32

Thursday, 18 July 2013

SOALAN 1 Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.
——————————————————————————————
SOALAN 2 Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.
——————————————————————————————
SOALAN 3 Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.  
Contoh pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut: RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan): RM3,000
Pemberian diskaun yang diberika: RM 300 (10% x RM3,000)  
 ——————————————————————————————
SOALAN 4 Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?  
Jawapan : Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.
——————————————————————————————
SOALAN 5 Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.
——————————————————————————————
SOALAN 6 Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan? Jawapan : Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.
——————————————————————————————
SOALAN 7 Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?  
Jawapan : Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
——————————————————————————————
SOALAN 8 Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.
——————————————————————————————
SOALAN 9 Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?
Jawapan : Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
—————————————————————————————— 
SOALAN 10 Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 dan ke hadapan.
——————————————————————————————
SOALAN 11 Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
——————————————————————————————
SOALAN 12 Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.  Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada PTPTN.
——————————————————————————————
SOALAN 13 Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%? 
Jawapan : Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula 1 Oktober 2012.
——————————————————————————————
SOALAN 14 Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?
Jawapan : Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
——————————————————————————————  
SOALAN 15 Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?
Jawapan : Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
——————————————————————————————
SOALAN 16 Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. ——————————————————————————————
SOALAN 17 Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan: Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
——————————————————————————————
SOALAN 18 Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan: Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.
——————————————————————————————
SOALAN 19 Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan : Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.
——————————————————————————————
SOALAN 20 Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?
Jawapan : Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.
comments | | Read More...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger