Syarat Permohonan INSTEP 2014
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2014.
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Program Ditawarkan
- PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
- Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.
Permohonan Online INSTEP 2014
Permohonan secara online boleh dibuat menerusi laman http://www.instep-online.my . Tarikh permohonan INSTEP 2014 dijangka akan dibuka pada bulan Oktober atau November 2013 ini.
Cara Buat Permohonan INSTEP 2014
1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui portal laman http://www.instep-online.my . (Permohonan akan dibuka pada bulan Oktober atau November ini).
2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank – No. Akaun: 13020021371054.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
PERHATIAN :

- Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
- Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu, Terengganu.