News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Kes tinggal anak dalam kereta lagi 2014

Kes tinggal anak dalam kereta lagi 2014

Penulis : Unknown on Tuesday 28 January 2014 | 08:02

padah tinggal anak dalam kereta
Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta itu bergerak ke hadapan sebelum merempuh sisi belakang sebuah kereta jenis sama milik seorang peniaga kuih di gerai berdekatan. Rempuhan turut mengenai peniaga terbabit, Salimah Arshad, 63, yang ketika itu selesai berniaga dan sedang mengemas gerainya. Akibat rempuhan itu, Salimah yang cedera dikejarkan ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.
Menantu Salimah, Norliza Omar, 41, berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai kuih dan terkejut mendengar bunyi hentaman kuat. Menurutnya, dia segera memandang kereta yang merempuh itu dan melihat dua kanak-kanak berkenaan sedang memegang stereng. Norliza berkata, ketika kejadian, kereta ibu mertuanya diletakkan secara melintang untuk memasukkan khemah gerai ke dalam kereta.
“Ketika itu, ibu mertua saya baru saja mahu masuk ke tempat duduk pemandu. Bayangkan, ibu mertua saya tercampak ke pagar. Mujur tak tercucuk pada pagar dawai. Keretanya juga sudah kemek sedikit akibat rempuhan itu,” katanya yang kesal dengan kecuaian pemandu kereta berkenaan meninggalkan anaknya sesuka hati dalam kereta tanpa pengawasan.
Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Ziyauudeen Mansoor Sahib, 34, berkata, sebaik saja melihat mangsa sudah tercampak, mereka bergegas membantu menyelamatkannya. Selain itu katanya kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang membantu membawa masuk mangsa ke dalam van syarikat untuk di hantar ke klinik.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan laporan dibuat, pemandu berusia 30-an itu mendakwa kejadian berlaku disebabkan dia tidak menekan brek tangan dengan sempurna. Bagaimanapun, polis akan buat siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger