News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Bonus Setengah Bulan untuk Kakitangam Awam

Bonus Setengah Bulan untuk Kakitangam Awam

Penulis : Unknown on Wednesday, 25 July 2012 | 08:42


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyJneOdJ76gG6PrZsJkZvVrJ1HInAa52HTn4EZVy-iI8abn1wKgqsrH4c2onYwjmrBN_N4havOELp_dCjVaxs-uu_6cdIez-IiK9MuiEsMMCvOe-AWifm_M_qZsk_IVF-Nq44vmhyphenhyphenDJTg/s320/Bonus-Hari-Raya.jpgDatuk Seri Najib telah umum bonus setengah bulan sempena raya aidilfitri 2012. Ini merupakan berita paling dinantikan oleh semua kakitangan kerajaan. Tarikh bayaran akan dibuat bermula pada 9 Ogos ini. Kerajaan akan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger