News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Nama Esso ditukar kepada Petron

Nama Esso ditukar kepada Petron

Penulis : Unknown on Tuesday, 24 July 2012 | 05:10


Stesen-minyak-petron
Mungkin ramai yang sedar bahawa terdapat stesen minyak baru di beberapa tempat di Malaysia. Kini kita semua boleh melihat stesen minyak Petron Di Malaysia.
Stesen minyak Petron wujud daripada pengubahusaian stesen minyak Esso yang sudah lama bertapak di Malaysia tetapi kenapa secara tiba-tiba namanya di tukar kepada Petron?
Sebuah syarikat Filipina telah membeli ekuti dan memegang peratus kepentingan dalam ESSO Malaysia Bhd daripada ExxonMobil International Holdings Inc (EMIH). Syarikat tersebut adalahSan Miguel Corp di mana ia mengambil alih 65 peratus kepentingan berharga RM614.25j. Faktor utama ExxonMobil melepaskan 65% sahamnya di ESSO Malaysia disebabkan kesediaan syarikat Filipina itu membuat pelaburan tambahan di kemudahan penapisan minyak Esso Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Syarikat Filipina tersebut juga turut memiliki syarikat pemasaran dan penapisan minyak terbesar di Filipina menerusi penguasaan 68% dalam Petron Corporation. Syarikat San Miguel juga berhasrat untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon-Mobil Borneo Sdn Bhd pada masa akan datang tetapi ianya belum pasti lagi.
ESSO memiliki 560 stesen minyak di Malaysia dan tidak lama lagi kita boleh lihat semunya sebagaiStesen Minyak Petron. Buat masa sekarang 3 stesen minyak Petron dikenalpasti iaitu di Lebuhraya KL-Seremban, Melati Utama dan juga di Lebuhraya Shah Alam KESAS ( Menghala ke Klang sebelum Persimpangan HICOM).
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger