News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , , » Biasiswa Petronas 2012 lepasan SPM

Biasiswa Petronas 2012 lepasan SPM

Penulis : Unknown on Wednesday, 21 March 2012 | 23:45


petronas logo Biasiswa Petronas 2012 Untuk Lepasan SPM 2011

Syarat Asas Memohon Biasiswa Petronas 2012

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2011.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon Biasiswa Petronas :

  1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” sahaja melalui laman sesawang berikut : http://spmonline.petronas.com.my/index.php
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang.
  3. Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-
    i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
    DAN
    ii) Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
    • Sekiranya anda tidak berbuat demikian, permohonan anda tidak akan diproses.
    • Unit “Sponsorship & Talent Sourcing” PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.
  4. Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman berikut : http://spmonline.petronas.com.my/index.php
  5. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar negara.

Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di “PETRONAS EduQuest Camp” pada bulan April 2012. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas “PETRONAS EduQuest Camp”.

Keputusan Tawaran Biasiswa Petronas 2012 :

Keputusan tawaran biasiswa petronas 2012 akan dimaklumkan pada bulan Mei 2012.
Permohonan secara “online” dibuka mulai 9.00 pagi, 21 Mac 2012.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 28 Mac 2012.
RUJUK IKLAN PENUH BIASISWA DISINI.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger