News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Maznah Mohd Yusof dipenjarakan

Maznah Mohd Yusof dipenjarakan

Penulis : Unknown on Friday, 2 August 2013 | 09:20


SEGAMAT: Maznah Mohd Yusof yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya, dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat.

Peguamnya, G.Visvanathan Nair berkata pendaftar mahkamah Mohd Anuar Ostadi membuat penghakiman itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

"Maznah akan dibebaskan dan perlu menghadirkan diri sekiranya diperlukan pada masa hadapan berkaitan kes itu.

"Jika dia gagal hadir di mahkamah, dia perlu membayar denda RM10,000," katanya ketika dihubungi.

Menurut Visvanathan bon jaminan itu diberikan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

"Dia dibawa ke balai polis untuk mengambil barang miliknya dan akan dibebaskan segera," katanya.

Maznah atau lebih dikenali sebagai Chetz mencetuskan kontroversi apabila videonya menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lalu dimuatnaik ke laman sosial YouTube pada Isnin.

Dia ditahan pada Rabu dan dibawa ke balai polis Bukit Aman di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke sini dan direman.

Sementara itu, peguam Latheefa Koya yang turut mewakili Maznah berkata, pembebasan melibatkan bon mahkamah adalah luar biasa.

Dia mempertikaikan mengapa polis memohon bon dibawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah yang dikhaskan untuk saksi dan pengadu.

"Ia amat pelik. Proses itu tidak boleh digunakan ke atas Maznah kerana dia adalah suspek," kata Latheefa
.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger