News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Pelajar IPT boleh guna baucer buku RM200 tahun depan

Pelajar IPT boleh guna baucer buku RM200 tahun depan

Penulis : Anonymous on Friday, 2 December 2011 | 06:50


KOTA BARU, 27 Nov — Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), yang diumumkan dalam Bajet 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor.
Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.
Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi, lapor Bernama Online.
Ab Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger