Menerusi Pakej Internet 1Malaysia tersebut, mereka boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had.
Pakej asas tersebut akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak. Lima negeri itu dipilih kerana kadar penembusan jalur lebarnya masih di bawah kadar negara iaitu 64 peratus. Namun jika Pakej Internet 1Malaysia yang ditawarkan mendapat sambutan, kerajaan akan perluaskan ke negeri-negeri lain.
Sekarang anda dah tahu, like atau share untuk memberitahu rakan anda.