Cara baru kedai-kedai buku menarik pelanggan dan pembaca buku dengan menghiaskan kedai buku dengan iklan buku yang dipegang oleh model bogel. Ini memang menjadi satu cara yang effektif untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai buku mereka. Yang lebih menghairankan bukan sahaja menarik pelanggan lelaki tetapi juga ramai wanita yang tertarik dengan publisiti begini.
Namun caranya itu yang salah..
Sebuah kedai buku terbesar di Nanjing, China telah mengambil pendekatan meletakkan poster bogel model yang bergaya dengan bahan bacaan pilihan mereka.
Gambar-gambar separa lucah itu ternyata menjadi perdebatan hebat di sana apabila kebanyakan pengunjung menzahirkan rasa kurang senang mereka di atas pengurusan kedai buku tersebut.
Mereka mengatakan imej itu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang datang berkunjung ke situ selain boleh menganggu konsentrasi mereka.