Video Dan Gambar Seks Azmin Ali yang selama ni tersebar adalah palsu. Wajah dalam video tersebut adalah seorang lelaki mirip Azmin Ali yang sengaja digunakan untuk menjatuhkannya.
Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.“Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata,” katanya.