Majlis Bertemu Pelakon Ariana Rose
Ini untuk semua yang suka menonton Ariana Rose.Majlis peminat bertemu dengan pelakon Ariana Rose pada 11 Februari 2014. Sempena dengan siri jelajah Drama Festival KL, pihak TV3 menganjurkan pratonton tayangan eksklusif Ariana Rose bertempat di 1Utama Damansara pada pukul 3 petang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pratonton Ariana Rose episode ke 26 disamping sesi bertemu ramah dengan pelakon Ariana Rose. Antara barisan pelakon yang turut hadir adalah Keith Foo, Arja Lee, Hisyam Hamid, Fatiyya dan Nabila Huda. Untuk info, drama Ariana Rose akan menamatkan siarannya pada khamis 14 Februari 2014.
Sumber