News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Perbezaan antara IOS 7 & Android 4.3 Jelly Bean 2013

Perbezaan antara IOS 7 & Android 4.3 Jelly Bean 2013

Penulis : Unknown on Saturday, 5 October 2013 | 13:06

ios7vs4.3jellybean
iOS 7
Business insider melaporkan bahawa pengguna peranti iOS yang sudah menggunakan iOS 7 sudah mencapai 26 peratus yang mana ianya adalah lebih banyak berbanding pengguna Android yang menggunakan Jelly Bean. Walaubagaimanapun, perkara ini adalah disebabkan penyedia rangkaian yang mahu menggunakan sistem operasi Android yang lama disebabkan perbezaan spesifikasi dan banyak lagi.
iOS 7 diperkenalkan dengan perubahan terbesar berbanding iOS 6 dan merupakan sistem operasi pertama rekaan Jon Ive selepas Apple bertindak memecat pereka iOS sebelum ini iaitu Scott Forstall.
Control Centre merupakan satu ciri utama yang amat bermaanfaat bagi pengguna, ciri ini memberikan pengguna akses segera kepada WiFi, Bluetooth, slider kecerahan skrin, lampu ‘flashlight’ dan beberapa perkaran lain. Ciri bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna Android namun ini adalah sesuatu yang baru bagi pengguna peranti iOS.

Android Jelly Bean 4.3
Android 4.3 Jelly Bean bukan sahaja diberikan beberapa penambahbaikan berbanding Jelly Bean 4.2, versi 4.3 ini diberikan beberapa ciri dan penyelesaian kepada beberapa isu yang menghantui pengguna Android 4.2 Jelly Bean sekaligus menunjukkan komitmen tinggi Google yang sentiasa bertindak memperbaiki sistem operasi mereka demi mengekalkan daya saing dengan iOS 7.
Salah satu ciri terbaik pada Android 4.3 Jelly Bean ialah Beam yang sama seperti Apple Airdrop. Ciri ini membolehkan pengguna menghantar fail dari satu peranti ke peranti lain yang berhampiran dengan menggunakan Bluetooth atau Wi-Fi. Ciri ini memberikan pengguna cara mudah untuk menhantar fail berbanding pengunaan email. Google Now adalah penambaikan kepada sistem notifikasi Android. Tidak seperti sebelum ini, semua notifikasi digabungkan seperti status penerbangan dan cuaca yang memberikan kepuasaan dan jangka hayat bateri yang lebih baik.
Selain itu, Android 4.3 juga diberikan beberapa ciri-ciri keselamatan yang berkongsi peranti dengan kawan ataupun ahli keluarga. Anda boleh menghadkan beberapa perkara yang anda tidak mahu kongsi dengan orang lain. Ciri ini juga berguna untuk aplikasi perniagaan yang membolehka setiap pengguna mempunyai cita rasa dan cara tersendiri. Antara telefon pintar terbaru dengan Android 4.3 Jelly Bean ialah Samsung Galaxy Note III.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger