
Syarat-Syarat Umum
- Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012;
- Warganegara Malaysia; dan
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.
Syarat-Syarat Khusus
Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012
A) Mengikuti salah satu program persediaan berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
- Matrikulasi
- Asasi
- International Baccalaureate (IB)
- A-LeveL
B) Mengikuti pengajian peringkat persediaan di kolej-kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.
Cara Buat Permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM
Pelajar cemerlang SPM boleh melayari http://apps.moe.gov.my/bursaryspm untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin)