Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat 1.3. 2013 melayan kunjungan pasukan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman ,Paroi untuk aksi saingan liga super perlawanan yang ke 9 buat kedua pasukan
Pastinya barisan serangan Pahang sudah bersedia untuk melakar kejutan dalam usaha mereka memburu tiga mata sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Super
Selain itu, Pahang juga semakin berselera untuk memungut tiga mata daripada ATM selepas membelasah Tentera Darat (ATD) 7-1 dalam saingan Piala FA di Kuantan Rabu lalu
Mampukah ATM mengekang asakan skuad Tok Gajah dan mempertahankan kedudukan selaku pendahulu Liga Super setakat ini?
ATM 0 – 0 Pahang