News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Rozita Che Wan sah akan Nikah Julai 2013

Rozita Che Wan sah akan Nikah Julai 2013

Penulis : Unknown on Tuesday, 26 February 2013 | 07:36


Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah dengan Zain Saidin pada hujung Julai ini. Rozita juga memberitahu mereka akan terus bernikah tanpa melalui proses bertunang kerana masing-masing sudah mengenali hati budi satu sama lain.
Menerusi laporan gua.com.my, Zain akui dia terkejut dengan keputusan Rozita untuk berkahwin dalam jangkamasa terdekat ini. Jelasnya dia tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat dan dia dan Rozita akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai.
Mengenai alam rumahtangga yang bakal dilaluinya bersama Rozita, Zain berharap agar Rozita dapat mengurangkan komitmen kepada bidang lakonan selepas bergelar isteri nanti.
“Saya pernah beritahu kepadanya, apabila pendapatan menjadi bersama dia tidak perlu lagi kerja keras. Mungkin dia hanya boleh fokus pada bidang pengacaraan berbanding lakonan kerana faktor masa kerja. Apa yang penting dia dapat fokus pada suami dan keluarga,” katanya.

Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger