Rebat RM200 terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakinprogram itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ‘one-off’bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuanmembuka akses maklumat kepada mereka.