Stesyen TV terkenal, NBC telah dikritik hebat apabila menyiarkan secara tidak sengaja secara langsung insiden tarik menarik dari dalam air hingga menampakkan payudara salah seorang pemain polo air wanita dari Sepanyol.
Penonton dan juga pemberita yang menonton perlawanan tersebut, terperasan apabila sebahagian besar payudara pemain tersebut terdedah ketika perlawanan antara USA dan Sepanyol.
Kamera dalam air telah berjaya merakamkan seorang pemain, Kamie Craig, menarik pakaian pemain Sepanyol itu hingga terdedah payudaranya.
Kebanyakan liputan Olimpik NBC adalah rakaman dan diedit sebelum disiarkan, tetapi perlawanan kali ini adalah secara langsung.
Beberapa orang penonton telah memuatnaik video tersebut ke Youtube setelah tersedar dengan insiden tersebut, dan kemudiaanya merakamkan ia menggunakan DVRs supaya mudah ianya diulang-ulang tengok insiden memalukan itu.
Walaupun ianya disiarkan secara langsung, Stesyen TV tersebut dikritik kerana tidak menggunakan delay system bagi menyunting insiden-insiden seperti di atas.