News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Harga Roti canai RM1.80 sekeping??

Harga Roti canai RM1.80 sekeping??

Penulis : Unknown on Sunday, 26 August 2012 | 05:44


Terkejut harga roti canai kosong RM1.80
KUALA TERENGGANU – “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong sahaja dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasanya beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di sini.
Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga yang perlu dibayar, namun sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa memang dijual berharga RM1.80.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga sekilogram tepung gandum  di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.
Khairul Azhar yang bertugas di IJN (Institut Jantung Negara) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger