Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah memuat naik foto bogel seorang budak perempuan berusia 10 tahun ke internet selepas beliau gagal mengugutnya 100 rmb (RM 50) di Wilayah Tengha Sichuan di China.
Ketika dalam proses perkenalan itu, budak lelaki tersebut yang menggunakan nama Doudou telah berjaya menggoda budak perempuan ini untuk berbual di laman sembang video secara bogel.
Doudou secara rahsia telah berjaya mengambil screen shot Yiyi dalam keadaan bogel dan telah mengugutnya untuk sebarkan foto berkenaan ke internet jika tidak membayarnya 100 rmb.
Yiyi telah mengabaikan ugutan budak lelaki berkenaan, dan kemudiannya beliau mendapati foto bogelnya telah dimuat naik dilaman sosial berkenaan.
Budak perempuan yang dalam ketakutan itu lantas memberitahu ibunya dan mereka membuat laporan polis untuk menjejaki budak lelaki berkenaan.
Oleh kerana usianya terlalu muda, pihak polis mengambil keputusan tidak menahannya. Mereka hanya mengarahkan ibu bapa budak tersebut supaya mendisiplinkan beliau supaya berkelakuan baik dan merampas komputer berkenaan tetapi berjanji akan pulangkan semula setelah siasatan selesai.
Difahamkan kedua-dua budak tersebut tidak mendapat didikan yang sempurna dari kedua-dua ibu bapa masing kerana masing-masing sibuk bekerja. Kedua-dua ibu bapa mereka juga tidak mempunyai pengetahun mengenai komputer dan tidak tahu apa yang dibuat oleh anak-anak mereka di atas talian!