Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.
Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap. Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman Twitternya.
Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi.
"Walapun beberapa hari sebelum Syawal tiba, namun Rini kelihatan cukup tenang berbanding di awal insiden beberapa hari lalu," kata Isma.
Rini melahirkan Maryam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis lalu dengan berat 4.25 kilogram secara pembedahan.
Kami ucapkan takziah buat Rini AF sekeluarga. Harap Rini bersabar menghadapi dugaan ini.
sumber