Walaupun sudah mengumumkan kehamilannya kepada pihak umum kira-kira 2 minggu lalu, namun sebuah laman gosip British telah melaporkan bahawa pemenang Grammy, Adele, 24, ini sebenarnya bakal melahirkan anak pada September akan datang.
Berita ini nyata memeranjatkan. Adakah penyanyi lagu Someone Like You ini telah merahsiakan kehamilannya selama 7 bulan? Nampaknya begitulah...Namun, apa yang pasti, Adele kini sudah lama mengurangkan aktiviti nyanyiannya untuk berehat.
"Adele sudah jarang keluar dari rumah sejak kebelakangan ini. Dia juga sudah berhenti membuat senaman. Semuanya disebabkan oleh kehamilannya. Dia sangat pentingkan bayi yang dikandungnya itu,"kata satu sumber memberitahu.
Memiliki tubuh yang bersaiz besar sepertinya barangkali memudahkan lagi untuknya menyembunyikan kehamilannya itu berbanding artis yang kurus seperti Angelina Jolie. Namun, beberapa artis yang memiliki tubuh badan yang mungil seperti Beyonce dan Jessica Simpson dari awal lagi sudah pun memberitahu kehamilan mereka kepada umum.Berita ini nyata memeranjatkan. Adakah penyanyi lagu Someone Like You ini telah merahsiakan kehamilannya selama 7 bulan? Nampaknya begitulah...Namun, apa yang pasti, Adele kini sudah lama mengurangkan aktiviti nyanyiannya untuk berehat.
"Adele sudah jarang keluar dari rumah sejak kebelakangan ini. Dia juga sudah berhenti membuat senaman. Semuanya disebabkan oleh kehamilannya. Dia sangat pentingkan bayi yang dikandungnya itu,"kata satu sumber memberitahu.
Berbeza dengan Adele. Bermula daripada Anugerah Grammy, sewaktu menonton permainan bola sepak bersama teman lelakinya, Simon Konecki, 37, Anugerah Billboard Music sehinggalah kepada Ivor Novelle, dia masih lagi merahsiakan tentang kehamilanya itu.
Sehinggalah dia membuat kenyataan di dalam laman web rasminya apda 29 Jun lalu yang menyebut: "Saya sangat gembira memberitahu bahawa saya dan Simon sedang menanti kelahiran bayi pertama kami. Saya mahu anda mengetahui berita ini terus dari saya. Apa yang pasti kami benar-benar sangat gembira dan sangat teruja. Tolong hormati privasi kami buat masa ini".
Sumber