News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Sinopsis Filem Petala Cinta

Sinopsis Filem Petala Cinta

Penulis : Unknown on Friday, 13 April 2012 | 07:07

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.


Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Aeril Zafril
Shima Anuar
Diana Amir
Fizo
lokasi pengambaran 7 petala cita
Membariskan pelakon muda seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek. Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.Tarikh tayangan belum di pastikan oleh pihak Metrowealth Pictures.Tunggukan trailernya tidak lama lagi.

Update terbaru
Filem 7 Petala Cinta akan menemui penonton pada 15 Mac 2012  ost-dan-trailer-filem-7-petala-cinta 
Dalam filem 7 Petala Cinta Diana Amir memakai tudung 
Fizo memegang watak sebagai  Hamka dalam filem 7 Petala Cinta
Aeril memegang watak Attar dalam filem 7 Petala Cinta
Filem 7 Petala Cinta bergenre islamik 
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger