News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Harga Minyak & Emas Menaik April 2012

Harga Minyak & Emas Menaik April 2012

Penulis : Unknown on Thursday, 19 April 2012 | 04:51

HARGA MINYAK DAN EMAS DIJANGKA NAIK TAHUN INI! | Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global, kata Standard Chartered Bank. Ketua Pakar Strategi pelaburan pengurusan kekayaan kumpulan perbankan konsumernya, Steve Brice, berkata harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns dalam suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.
Faktor-Faktor Kenaikan Harga Emas 2012
  1. Tahap hutang yang tinggi di Barat;
  2. Kadar faedah sebenar yang negatif;
  3. Permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan
  4. Bekalan terhad logam berharga itu.
Beliau berkata keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif lindung nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.
Faktor-Faktor Kenaikan Harga Minyak 2012
Beliau berkata harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh dari pasaran-pasaran baru muncul, terutama China. – BHarian Online

Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger