Cara permohonan pekeliling baucar buku RM2011 bagi semua pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuklah tingkatan 6 dan matrikulasi. Ini pastinya merupakan berita yang gembira kepada anda semua.
Syarat Permohonan Baucar Buku RM200 : -
- Semua warga malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh dan lokasi tuntutan Baucar : -
- Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.
Panduan Permohonan : -
Untuk membaca cara permohonan, sila layari Garis Panduan Permohonan Baucar Buku RM2011