News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Meraba dada bagaikan joystick

Meraba dada bagaikan joystick

Penulis : Unknown on Thursday, 5 July 2012 | 19:39


KUALA LUMPUR: Gian untuk meraba payudara gadis menyebabkan seorang lelaki sanggup menyamar sebagai polis sebelum memperdaya wanita yang dipaksa membuka baju sebelum dicabul.

Lelaki berusia 20-an terbabit yang meramas payudara mangsa bagaimanapun kelam-kabut melarikan diri selepas mangsa menekan hon kereta sekuat hati selepas mendapat akal membebaskan dirinya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, suspek dikatakan terlihat mangsa bersendirian dalam kereta di hadapan kafe siber di Jalan Genting Klang, Setapak.

Menurutnya, mangsa ketika itu dikatakan menunggu dalam kereta manakala suaminya berada dalam kafe siber berhampiran.

“Lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai polis selepas mengetuk tingkap kenderaan mangsa.

“Dia berpura-pura bertanya identiti dan tujuan mangsa bersendirian di dalam kereta kerana mendakwa tindakan itu boleh menimbulkan rasa curiga. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan tujuannya menunggu suami yang berada dalam siber kafe berhampiran,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai tertarik dengan rupa paras mangsa yang masih muda mengugut mangsa membuka pakaiannya.

“Mangsa yang ketakutan dan bimbang dicederakan berpura-pura akur dengan arahan suspek.

“Namun, ketika sedang leka melakukan kerja terkutuk itu, mangsa mendapat idea dengan bertindak menekan hon kereta menyebabkan suspek panik sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya.

Katanya, mangsa dan suaminya membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

“Susulan laporan itu, polis berjaya memberkas suspek. 

“Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan,” katanya
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger