Gaun Fathia Latiff Terkoyak Di Majlis Anugerah Stail EH! 2012. Gaun tersebut didapati koyak dibahagian peha ketika perjalanan majlis berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu berlaku angkara tingkah laku Fathia sendiri yang lasak.
Fathia juga didapati datang lewat ke majlis tersebut. Bagaimanapun dia tetap jadi tumpuan para media dengan busana gaun hitam dari fabrik jarang dan seksi Dia juga telah dipertanggungjawabkan menyampaikan anugerah untuk salah satu kategori yang dipertandingkan dan sekali lagi kemunculannya di atas pentas telah mencuri perhatian ramai.
Kesan koyak yang ada pada gaun Fathia agak keterlaluan, tetapi tidak terdedah. Meskipun persalinan itu telah koyak, namun kejadian itu tidak mematahkan semangat Fathia untuk terus bermesra dengn peminat dan juga pihak media untuk merakamkan foto bersama sebaik sahaja majlis bersurai.
Sumber: melvister