Pages - Menu

Friday, 25 October 2013

Konsert Kesha Warrior Tour Di malaysia batal


PUTRAJAYA 25 Okt. - Kerajaan menolak permohonan penganjuran Konsert Kesha Warrior Tour di Stadium Negara esok berikutan didapati menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan ringkasnya hari ini berkata, mesyuarat jawatankuasa pusat permohonan pengambaran filem dan persembahan artis luar negara pada 1 Oktober lalu menolak permohonan konsert itu.

Menurut kenyataan itu, pihak penganjur telah dimaklumkan mengenai pembatalan konsert tersebut sehari selepas keputusan mesyuarat.

Sumber - UTUSAN ONLINE