Pepatah malang tidak berbau memang sesuai untuk pasangan ini. Mereka ingin menjadikan seks mereka bukan seperti biasa tetapi berasmara dalam kereta yang parking di puncak bukit. Mereka inginkan pemandangan yang indah, nyaman dan sunyi semasa berasmara .
Kejadian malang ini dilaporkan berlaku di Ukraine pada bulan Ogos lalu.
Menurut siasatan yang dijalankan pihak polis, kereta tersebut sebenarnya berada dalam keadaan parking.
Namun, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta sehingga brek tangan terlepas menyebabkan kenderaan mereka meluncur laju ke jurang gaung.
Hal ini dikuatkan lagi dengan penemuan mangsa perempuan yang ditemui dalam keadaan hampir bogel dan terdapat kesan air mani dalam kereta yang hancur remuk itu.
Mungkin sudah ajal mereka, tapi kalau boleh lain kali berhati-hatilah apabila berada di atas jalan raya, apa lagi bila anda sedang memarkir kenderaan di kawasan yang merbahaya hanya disebabkan untuk melampiaskan nafsu serakah pada saat itu.