Surau yang digunakan oleh monk china untuk upacara mereka telah dirobohkan hari ini.Ini bertujuan untuk mengelakkan segala kontroversi selepas surau tersebut digunakan oleh penganut agama Buddha untuk mengadakan ritual keagamaan di surat tersebut. Berita ini tersebar meluas dan menyebabkan kemarahan umat islam di Malaysia kerana surau tidak harus dijadikan upacara menyembah berhala. Selain itu, arah kiblat di Surau berkenaan turut meragukan manakala pembinaan tapaksurau itu adalah haram tanpa kebenaran bertulis dari majlis daerah.
Gambar Surau Resort Tanjung Sutera Dirobohkan
Sumber