Pasangan ini telah ditahan dan didakwa dalam mahkamah dengan 3 pertuduhan termasuk menerbit dan memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook. Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Walaubagaimanapun, pasangan ini terpaksa merengkok dalam penjara selepas permohonan dibebaskan dengan ikat jamin ditolak oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Atas sebab keputusan yang telah dikeluarkan mahkamah itu, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling masing-masing dibawa ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang untuk ditahan sehingga kes dibicarakan. Pasangan ini terpaksa melalui pengalaman dalam tahanan sementara menantikan 23 Ogos 2013 bagi sebutan kes.