Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar. Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon.
Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek. Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk penembak. Semoga pihak Polis Diraja Malaysia berjaya menyelesaikan kes ini dengan sebaiknya. Semoga keadilan akan tertegak juga akhirnya nanti.

Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang juga sahabat baiknya berkata beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain. “Dia merupakan orang pertama yang derma US$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lepas ketika berbuka puasa bersama,” katanya.