Jika ditanya siapakah geranganya Nurul Ain Nordin ini kami yakin dan pasti kebanyakkan dari anda tidak mengenali gadis yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor ini.
Namun tidak lama dahulu gadis ini pernah menimbulkan satu kontroversi yang cukup besar, apabila dengan berani tampil hampir separuh bogel bagi filem Suatu Malam Kubur Berasap.
Kini apa yang disampaikan kepada kami, pelakon dan juga pengarah bagi filem Oh Mak Kau (OMK) yang diterbitkan syarikat produksi Ain sendiri bersama beberapa rakan kongsinya iaitu Star Scope Production Sdn Bhd dikatakan bakal membawa satu lagi malapetaka bagi Pengarah muda ini apabila sekali lagi berani tampil separuh bogel dalam filem terbarunya pula. Benarkah begitu?
Sudah pasti tindakanya itu nanti bakal dikritik hebat seperti mana kontroversi sama yang pernah dilakukanya tidak lama dulu.
Filem Oh Mak Kau (OMK) ini khabarnya dibarisi ramai pelakon pelawak terkenal diantaranya Sepahtu, Didie Alias, Yank Kassim, Wan Maimunah, Ayda & Kay AF9, Abbot dan juga Nurul Ain sendiri.
Tapi apa yang menarik perhatian kami ialah kemunculan istimewa seorang lagi pengarah muda yang cukup dikenali ramai iaitu Syamsul Yusof.
Tindakan Syamsul Yusof turut sama terlibat didalam filem ini juga menimbulkan pelbagai spekulasi yang akhirnya menimbulkan cakap-cakap belakang bahawa diantara dia dan Nurul Ain dikatakan sedang hangat bercinta.
Namun perkara itu disangkal oleh Syamsul Yusof sendiri walaupun sudah tersebar beberapa keping gambar mesra semasa mereka berdua dilokasi.

sumber: pilihan-anda