Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
“Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.