News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Malaysia Vs Barcelona Bulan Ogos

Malaysia Vs Barcelona Bulan Ogos

Penulis : Unknown on Saturday, 9 March 2013 | 16:58


Kelab bola sepak gergasi Sepanyol yang juga juara empat kali Liga Juara-juara, Barcelona, akan melakukan kunjungan sulung ke Malaysia pada 10 Ogos tahun ini.

Laman Web Rasmi kelab itu http://www.fcbarcelona.com/ melaporkan Barcelona akan berada di Kuala Lumpur selepas bermain di Shanghai ( China ) pada 4 Ogos dan Bangkok ( Thailand ) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di ibu pejabat kelab itu semalam, presiden FC Barcelona Sandro Rosell tidak menyatakan pasukan yang akan ditentang kelab itu dalam siri Jelajah Asianya.

Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan itu untuk menghadapi musim 2013/2014.

Kelab ini, yang antara lain membariskan pemain terbaik dunia Lionel Messi, kini mendahului La Liga dengan 68 mata setelah beraksi dalam 26 perlawanan.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger