Home »
hot news
» Fasha Sandha mungkin bersalin hujung bulan ini
Fasha Sandha mungkin bersalin hujung bulan ini
Ketika ini, tentunya ramai peminat pelakon jelita, Fasha Sandha, tidak sabar untuk melihat wajah bayi sulungnya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Jika orang ramai berasa sedemikian, apatah lagi si empunya diri, yang kini bersiap sedia untuk menyambut kehadiran orang baru.
Fasha pernah berkata kepada wakil media, dia mungkin bersalin pada akhir Februari. Namun pada sesi santai bersama kelab peminatnya, We Love Fasha Sandha, kelmarin, wanita ini menjangkakan dia akan melahirkan bayi sulung pada hujung bulan ini.
Selain kelab peminatnya, majlis di Shah Alam itu turut dimeriahkan Zizan Razak dan Didie Alias, bersama kelab peminat masing-masing, Zizan Razak FC serta Lady Didies Fanclub.
Walaupun sarat sembilan bulan, namun Fasha yang berdebar menunggu saat melahirkan tetap ceria ketika hadir bertemu peminatnya, petang itu.
Bahkan wanita ini berkata, dia berharap turut dapat menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 pada 7 April depan, di Stadium Putra Bukit Jalil, selepas bersalin.
Sumber- Bharian