Kejadian ini dipercayai baru sahaja berlaku pada malam ini. Menurut saksi, keadaan pusat membeli belah itu begitu gelap dan terdapat asap yang menyelubungi bangunan berkenaan. Punca kebakaran masih lagi belum diketahui. Dilaporkan juga bekalan elektrik terputus di seluruh One Utama dan kemudiannya berlaku kebakaran di bahagian New Wing pusat beli-belah tersebut.






