News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Gambar Mesra Adira & Aliff Aziz

Gambar Mesra Adira & Aliff Aziz

Penulis : Unknown on Monday, 18 February 2013 | 20:30


aliff aziz dan adira
Akui Aliff tanpa berselindung, penyanyi genit yang bergandingan dengan dirinya dalam drama Tiara itu menjadi temannya yang paling rapat saat dirinya dilanda duka.
“Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula. Waktu keluarga saya berada jauh di Singapura, dia merupakan teman yang paling banyak membantu menguatkan semangat saya dari segi mental,” kata Aliff.
Disoal adakah pengalaman lepas membuatkan dirinya serik untuk bercinta sesama artis, dia tertawa seketika sebelum menegaskan bahawa dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti orang lain.
“Saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Jika kita sudah suka seseorang, sukar untuk saya melawan perasaan itu. Kami selesa bersama dan mempunyai keserasian. Jika sudah tertulis jodoh saya dengan artis saya mahu buat macam mana? Saya harus reda. Kalau boleh, saya mahu berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun. Sebelum itu, saya harus memantapkan diri dari segi ekonomi sebelum meminang anak dara orang. Jadi, sekarang fokus saya hanya pada kerjaya,” balasnya.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger