Pages - Menu

Sunday, 13 January 2013

Borang Online Kemasukan USM 2013/2014


usm

Permohonan kemasukan ke USM boleh dibuat mulai 7 Januari 2013 di laman  https://pohon.usm.my

Nota Penting Buat Calon Diploma/ Setaraf

Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan atau pengemaskinian maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan selewat-lewatnya 14 April 2013.

Dokumen yang diperlukan adalah :-
1. Salinan Borang Permohonan
2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
4. Salinan Sijil SPM/Setaraf
5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
7. Salinan Sijil MUET
8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

Sila hantar permohonan anda ke alamat :-

PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF,
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR,
ARAS 2,BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM,PULAU PINANG

credits