News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Pamela Anderson Malaysia

Pamela Anderson Malaysia

Penulis : Unknown on Sunday, 18 November 2012 | 16:00



MENGENALI wanita berbakat ini, dia nyata memiliki karektor pelbagai warna yang jika diasah mahupun diberi peluang, dia mampu menjiwai berbagai karektor yang tidak terhad sebagai watak penggoda semata-mata.

Malangnya, wanita yang dilahirkan dengan nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini tidak diberi peluang melainkan hanya untuk watak penggoda dan pelacur saja.

“Lapan tahun saya bergelar pelakon dan baru sekali saya diberikan peluang membawakan watak berat dan air mata iaitu dalam drama Takdir Qismah yang turut dibintangi Lisdawati.

“Dalam drama ini, saya menerusi watak Rosmah beraksi tanpa solekan, tanpa bulu mata palsu seperti kebiasaannya, selekeh dan asyik menangis.

“Mulanya, saya ragu-ragu nak ambil watak ini kerana Rosmah adalah pelacur. Saya bosan bawa watak sebegitu, tetapi selepas membaca keseluruhan skrip, saya tertarik dengan jalan cerita.

“Maklum balas yang saya terima dalam kalangan kawan-kawan alhamdulillah, cukup baik untuk drama ini. Terima kasih kepada pengarah drama ini, Abang Eoon Suhaimi yang percayakan kebolehan saya.

“Saya benar-benar berharap lakonan saya dalam drama itu mampu membuka mata ramai, tapi saya juga harus akur dengan waktu siaran drama itu pada bulan puasa, jam 4 petang mungkin ramai yang terlepas daripada menontonnya,” katanya.

Baru saja tamat daripada penggambaran drama Evolusi KL Drift yang bakal bersiaran di RTM2 sebanyak 52 episod, Lana juga tidak sabar menantikan penayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 – Katerina yang menampilkan Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare sebagai tunjang utama.

“Saya mainkan watak Zahirah pembantu kepada Katerina (Maya) dan cuba merosakkan hubungan antara Katerina dengan Kasyah (Farid). Masih lagi dengan watak menggoda, tetapi saya ambil peluang ini kerana saya sendiri peminat novel yang ditulis Ahadiat Akashah,” ujarnya.

Pertemuan petang Selasa itu, Lana turut dikejutkan dengan sekeping gambar di samping anggota kumpulan The Black Eyed Peas iaitu will.I.am, Taboo dan apl.de.ap. Di antara tiga jejaka berkenaan, Lana kelihatan sangat intim dengan Taboo. Tambahan pula, gambar itu dipercayai diambil di majlis ‘after party’ selepas konsert Justin Timberlake di Opera Sydney House, Australia, beberapa tahun yang lalu sebelum Taboo mendirikan rumah tangga dengan Jaymie Dizon pada 12 Julai 2008.

“Hmmm, banyak juga info yang awak tahu ya? OK saya mengaku saya pernah berkawan rapat dengan Taboo lebih kurang setahun dan lokasi gambar itu diambil juga tepat. Hubungan kami tak berjaya kerana banyak sebab, antaranya dia mahu saya menetap di Amerika Syarikat. Namun Taboo yang saya kenal seorang lelaki yang baik.

“Dia tak merokok dan tak minum. Dulu-dulu dia pernah, tapi selepas keluar dari pusat pemulihan, dia sudah berubah. Dia selalu cakap pada saya, kalau dia ikat rapi rambutnya ke belakang itu maknanya dia ‘clean’.

“Kami berkenalan di sebuah ‘party’ sekitar Kuala Lumpur. Dia minta nombor telefon saya dan keesokannya minta saya temankan dia makan tengah hari. Saya cadangkan beberapa nama restoran yang sedap, antaranya di Shook!

“Saya kemudian mengambilnya di hotel dan tak sangka masa tu semua anggota Black Eyed Peas turut ada sama. Sejak daripada itulah kami jadi lebih rapat,” katanya.

Banyak rahsia yang dikongsi, namun hanya sedikit informasi dapat diceritakan Lana kepada umum. Dia enggan mengulas panjang hubungannya dengan Taboo apatah lagi bintang antarabangsa itu sudah berkahwin.

Pernah juga dikaitkan juga dengan seseorang berstatus ‘jutawan muda’, Lana kini bagaimanapun enggan mengenang percintaan yang berkubur selepas 10 tahun menjalinkan hubungan.

Apatah lagi ketika ini Lana dikatakan sudah menemui pengganti, seorang model terkenal dari Republik Czech, bernama Pavel Michalec, 23.

Pavel bekerja di Agensi Bangkok, Thailand dan hubungan Lana dengan jejaka itu dihidu ramai pihak apabila Pavel sendiri yang menulis nama Lana dalam kotak ‘In Relationship’ di facebook (fb).

“Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berkawan. Selagi tidak terbukti dengan apa-apa ikatan, saya tak anggap hubungan ini sesuatu yang serius. Saya perlu lihat kesungguhan Pavel jika dia mahukan saya, salah satunya mendalami Islam,” katanya.

– HARIAN METRO


Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger