News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » MYVI & VIVA Harga Diskaun untuk Palajar

MYVI & VIVA Harga Diskaun untuk Palajar

Penulis : Unknown on Tuesday, 16 October 2012 | 07:37


Program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. Bayaran adalah serendah RM299 sebulan. Tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula 10 Oktober 2012 dan akan berakhir 31 Mac 2013
Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA. Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.
Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka.

Kumpulan pelajar juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara
Sumber
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger