News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Chong Wei juara Denmark

Chong Wei juara Denmark

Penulis : Unknown on Wednesday, 24 October 2012 | 09:03


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap apabilla berjaya meraih gelaran Terbuka Denmark 2012 selepas menewaskan pencabar dari China, Du Pengyu dalam perlawanan akhir di Odense, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlarutan hampir sejam itu, Du Pengyu yang menggabungkan pukulan cantik, 'smash' yang tajam dan kekuatan mental berjaya mengawal rentak pergerakan Chong Wei untuk memenangi set pertama 21-15.

Chong Wei bagaimanapun bangkit untuk menguasai set kedua dengan 21-12 sebelum menyekat ketangkasan pemain pilihan ketujuh itu dengan 21-19 bagi
membawa pulang wang tunai AS$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, nasib berbeza dialami oleh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.



Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger