Hanoi (AFP) - Sebuah syarikat penerbangan telah disaman kerana menganjurkan pertandingan ratu bikini ketika dalam penerbangannya tanpa kebenaran, Khamis lalu.
Syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air telah didenda US$1,000 (RM 3115) oleh pihak berkuasa penerbangan kebangsaan kerana menganjurkan tarian Hawaii bagi meraikan penerbangan sulong mereka dari Ho Chin Minh ke pusat pelancongan Nha Trang, kata akhbar Tuoi Tre.
Lima wanita, semuanya calon pertandingan ratu cantik, telah mempersembahkan tarian tersebut selama tiga minit pada 3 Ogos lepas sambil dirakamkan oleh penumpang-penumpang kapal terbang berkenaan dan kemudian dimuatnaik ke internet.
Syarikat penerbangan itu didakwa "mengingkari peraturan penerbangan tempatan" dengan menganjurkan "persembahan yang tidak dibenarkan di atas kapal terbang," kata Nguyen Trong Thang Cif Inspektor Jabatan Penerbangan Awam Vietnam.