Saya tidak tahu bagaimana seorang editor dapat hati untuk memerli seorang atlet yang berjuang sekuatnya untuk mendapat satu-satu pingat dalam sukan Olimpik. Kita sepatutnya berfikir bagaimana dia akan berasa atas kekalahannya untuk mendapat pingat emas untuk Malaysia. Kita sekadar penonton dan penyokong Malaysia pun sangat sedih dengan kekalahan hanya 2 mata untuk pingat emas, fikirlah lah sendiri bagaimana rasanya untuk Dato' Lee Chong Wei.
Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat.
Sumber:melvister