Ini adalah kejadian yang luar biasa dimana hujan air batu telah melanda Jertih Terengganu. Turut disertakan bukti gambar kejadian yang menimpa di Jertih. Yang peliknya, hujan tersebut berbentuk ketulan batu yang agak besar dan agak merbahaya kepada penduduk jika terkena hujan tersebut.Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.
Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.
Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.
“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.
“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.
Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.
Manakala bagi seoramg lelaki yang juga merupakan peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian. Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.
Sumber