News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Rajesh Khanna Bollywood superstar meninggal dunia

Rajesh Khanna Bollywood superstar meninggal dunia

Penulis : Unknown on Wednesday, 18 July 2012 | 08:02


NEW DELHI - Rajesh Khanna, pelakon popular yang terkenal dengan gelaran "superstar nombor satu" Bollywood meninggal dunia hari ini. Mendiang berusia 69 tahun.

Rajesh meninggal dunia di rumahnya di Mumbai hari ini, lapor agensi beritaPress Trust of India.Beliau telah keluar dari hospital di Mumbai kelmarin.Laporan media bulan lalu menyebut Rajesh, yang turut dikenali dengan nama "Kaka", dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Ekoran itu, Rajesh berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama, Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand danAmar Prem.Peminat-peminatnya sudah mula berkumpul di luar rumahnya di pinggir Aashirwad, Carter Road, Bandra sebaik sahaja berita mengenai kematiannya diketahui.

"Mendiang telah pergi ke tempat yang terbaik dan yang tenang. Kami gembira beliau telah kembali ke tempat itu," kata menantunya, Akshay Kumar yang juga seorang pelakon.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger