Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.
Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia.
Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.
Terma & syarat-syarat dan proses permohonan
Terma & syarat-syarat kelayakan:
Teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
Memiliki Kad Pemandu yang sah (pemandu pertama sahaja yang layak)
Warganegara
Bagaimana memohon baucar:
- Isikan Borang Permohonan TR1Ma yang boleh dimuat turun di bahagian Kandungan muat turun (klik sini) atau didapati dari akhbar-akbar utama atau pusat-pusat pengedaran baucer seperti pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Salinan semula borang (fotostat) diterima;
- Pastikan borang lengkap diisi dengan maklumat peribadi pemandu, pilihan jenis dan saiz tayar serta kod peniaga tayar (klik sini untuk senarai peniaga tayar);
- Nyatakan pilihan samada mengambil baucar secara serta-merta atau pada tarikh lain; atau melalui pos;
- Kepilkan bersama salinan fotostat Kad Pemandu dan salinan Kad Pengenalan;
- Borang tersebut mestilah diserahkan kepada pusat-pusat pengedaran baucar atau diposkan kepada alamat SPAD yang tertera pada borang;
- Anda akan menerima dua (2) keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu.
- Jika anda memilih menerima baucar serta-merta, anda boleh menuju ke bengkel peniaga tayar pilihan anda pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
- Jika anda memilih penerimaan melalui pos, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di talian 1800-88- SPAD (7723) bagi mengesahkan baucar anda sebelum ke bengkel peniaga tayar pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
- Pastikan dokumen-dokumen berikut tersedia dan diserahkan kepada peniaga tayar untuk menukar tayar; (1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Kad Pemandu dan Baucar TR1Ma yang sah).
- Tetapkan tarikh temujanji untuk memasang tayar anda 14 hari selepas menyerahkan baucar
- Borang Permohonan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)
- TR1Ma – Senarai Pembekal Tayar Goodyear
- TR1Ma – Senarai Pembekal Tayar Continental
- Bantuan Tayar 1Malaysia Senarai Pusat Pengagihan
Sumber:pilihan-anda