News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Olympic Updates- Semua Negara memburu untuk pingat pertama

Olympic Updates- Semua Negara memburu untuk pingat pertama

Penulis : Unknown on Friday, 27 July 2012 | 18:38


LONDON - Sukan Olimpik London 2012 membuka tirai secara rasmi semalam dengan Malaysia meletakkan harapan kepada penembak wanita Nur Suryani Mohamed Taibi untuk melakar kejutan membutirkan pingat pertama menerusi acara 10 meter Air Rifle di lapang sasar The Royal Artillery Barracks, hari ini.
Lebih menarik, Nur Suryani yang membuat penampilan pertama di Temasya Olimpik tidak keseorangan, sebaliknya 'ditemani' anak sulungnya yang dijadual lahir pada September ini.
Biarpun bermula agak perlahan, kombinasi Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin terus menjadi harapan untuk mencipta kejayaan dalam saingan recurve hari ini.
Selain acara berpasukan dan individu lelaki, skuad memanah turut menyenaraikan penyertaan tunggal pemanah wanita, Nurul Syafiqah Hashim untuk mengintai nasib pada pertandingan hari ini.
Di Wembley Arena, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memulakan kempen awal badminton dengan menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato.
Turut beraksi hari ini, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan bertemu Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing dari Thailand, selain perseorangan wanita, Tee Jing Yi. Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya turun gelanggang esok.
Berbasikal pula mempertaruhkan dua pelumba, Muhamad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli untuk menawan acara lebuh raya lelaki hari ini.
Acara terjun yang menjadi sandaran pingat Malaysia di London hanya akan memulakan kempen esok. - UTUSAN
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger