News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Mayat ditemui Dalam tangki air

Mayat ditemui Dalam tangki air

Penulis : Unknown on Saturday, 12 May 2012 | 08:44


Mayat Lelaki Ditemui Dalam Tangki Air
Mayat lelaki ditemui dalam tangki air dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan ,Tawau  pagi tadi. Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi selepas mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mengesahkan penemuan mayat berkenaan. “Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan. 

Sumber– BERNAMA


Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger